Tuesday, 10 April 2012

"Tak padan dengan tua..."

Di sebalik keriangan Amsyar sebagai kanak-kanak,
asyik nak bermain dan tengok kartun..
kadang-kadang kata-kata yang terkeluar dari mulut dia selalu buat saya tercengang.
saya sendiri belum terfikir nak keluarkan ayat macam tu.

sebagai contoh, insiden Ahad lepas.
takut tak sempat solat di rumah sebab dah masuk Maghrib,
kami pun singgah nak solat di sebuah surau seksyen 11.
interior dalamnya sangat cantik.
telekung surau bersulam cantik dan bersih, 
karpet yang tebal,
bilik wuduk yang ada tempat duduk berselimut pula jubin berwarna pink,
dan para jemaahnya?
ya. kebanyakan mereka berkereta besar.
itu adalah surau golongan ada-ada, ye.
so, kami tumpanglah solat di situ.

maka duduklah kami anak beranak di tangga seusai solat.
menunggu encik hubby pulak selesai solatnya.
tiba-tiba,
seorang makcik yang nampaknya lebih berusia dari 'umi'/nenek Amsyar menyergah Amsyar.
"TEPI SIKIT!!"
tersentak kami anak beranak.
elok je makcik tu berlalu,
Amsyar dengan muka tercengang berbisik perlahan memberitahu saya.
"Tak padan dengan tua."
Serius!
saya pulak yang tercengang mendengar ayat yang keluar dari mulut dia!

adoiii Amsyar.
tak tahu nak kata apa dah masa tu.
tapi yang pasti saya rasa bersyukur
Amsyar dah besar dan tahu beza perkara baik dan buruk.

p/s: kalau Amsyar cakap kuat sikit kan best. Nak tengok jugak reaksi orang tua kena sound dengan budak kecik. hahaha...  <------perangai buruk jangan diikut.




8 comments:

  1. budak sekarang bukan macam budak dulu-dulu..bebudak sekarang memang cepat belajar dan bijak...
    yang makchik tu pun satu hal..dengan bebudak kenalah cakap elok-elok...nak mengadap Tuhan pun garang ker???...
    ehe..izan tunggu jer post yana hari2...heheeh..harap yana tak jemu baca komen izan...peace no war...^___^

    ReplyDelete
  2. izan... thanx sudi singgah blog nie. Rajin komen pulak tu. Memang tak pernah jemu baca komen izan. Rajin2lah komen lagi ye...hehe.

    ReplyDelete
  3. entah moyang tu..!betulah kata amsyar, xpadan dengan tua, ce buat perangai elok sikit..!

    surau tu, jagalah sopan sikit... dgn bebudak pun nk marah2...ngoii..!

    ReplyDelete
  4. hehe...kalau la makcik tu dgr...mau merah muka dia...yalah tak padan dgn tua,takde budi bahasa,kat rumah ALLAH pulak tu

    ReplyDelete
  5. Cik Nur.....itulah. Hidayah tu tak semua orang dapat. huhu...

    ReplyDelete
  6. kak kamsiah.....saya pun hairan dgn makcik tu. Amsyar ramai embah dan opah, tak pernah pun sergah2 dia tak pasal2. Memang konpius habis dia.

    ReplyDelete
  7. hahahahaha.. pandainya dia bercakap..haha

    ReplyDelete
  8. klau amsyar sound kuat2 baru org tua tu tau langit tinggi rendah, huh...

    ReplyDelete