Monday, 30 December 2013

Rumah Rehat Kuala Kangsar

Assalamualaikum wabt...bismillah...

Saya belum pernah menginap di Rumah Rehat Kuala Kangsar.
Tak tahu pulak dah ada blok baru.
Masa Kak Ella datang hari tu, saya book Rumah Rehat Kuala Kangsar ni untuk dia.

Dah alang-alang tu, mari review sikit pasal Rumah Rehat Kuala Kangsar ni.
Mula-mula ingat nak book Perak Riverside Resort je, tapi baca review dari blog lain banyak yang komplen pasal servis kat situ.
So, tak jadi.



#Lobi berada di blok baru. Dulu kecik je lobi Rumah Rehat Kuala Kangsar ni, sekarang dah besar dan luas. Parking pun sangat luas.


#masuk pulak bilik delux yang ditempah untuk kak Ella. Mak aiii.....luaassss sangat! Kak Ella boleh buat kelas aerobic kat sini kot. hahaha....

Sangat rugi kalau duduk kat sini sorang-sorang, kan?
Amboi Qisya....nyempat lagi tu tumpang posing.



#sebab ini adalah toilet. Gambo kecik-kecik, sudehhh. Memang luas, bersih dan selesa juga.



#Ada sofa besar pulak tu. memag feel habis la stay kat bilik ni.


#Ada kabinet besar, meja solek dan tv LCD. Bagus....baguusss....


#di balkoni bilik.

Mari kita lihat pemandangan di luar pulak.
Haruslah tepek gambo wajah-wajah puas hati tengok bilik best, ye dak??



#pemandangan di sebelah kanan, adalah Sungai Perak dan kampungku yang indah, Kg Sayong Lembah.


#pemandangan di sebelah kiri ialah taman berlandskap indah menuju ke Kg Sungai Siput dan Bukit Chandan. Cantik, kan? Pagi tu macam kat Cameron Highlands jugak la. Ada kabus-kabus gitu.


#haa... ini lorong bilik-bilik di blok baru Rumah Rehat Kuala Kangsar.


#pandangan hadapan blok baru Rumah Rehat Kuala Kangsar.


#berlatarbelakangkan Sungai Perak.


#berlatarbelakangkan Rumah Rehat Kuala Kangsar.


#Inilah blok Rumah Rehat Kuala Kangsar yang lama.

Rumah Rehat Kuala Kangsar adalah di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Makanya ada diskaun juga untuk staff kerajaan.

Kolam Renang Kuala Kangsar juga terletak bersebelahan Rumah Rehat Kuala Kangsar ni.
Entri mengenai Kolam Renang Kuala Kangsar dah ditulis tahun lepas.
Boleh la berkunjung bawa anak-anak mandi-manda kat sana.

Err...abaikan pasal Kolam Renang Kuala Kangsar.
Keseluruhan, menginap di Rumah Rehat Kuala Kangsar ini sangat berbaloi.
Kalau nak melancong di Kuala Kangsar, menginap di Rumah Rehat Kuala Kangsar adalah pilihan terbaik!


#dari Fb Rumah Rehat Kuala Kangsar.


9 comments:

  1. bilik yang luas dan pemandangan yang cantik..mesti tak rugi menginap di sini..

    ReplyDelete
  2. ko ni yana... gi enjoy ja manjang haku Nampak hehehehe..

    memang luas la biliknya.....

    ReplyDelete
  3. saya penah stay sini dulu..wah!! dah makin cantik la skg.bilik mmg luas kan,puas hati :)

    ReplyDelete
  4. harganya memang berpatutan ,mg nampak selesa..kat kola kangsar mmg banyak 'kenderaan' tentera terpacak tepi jalan,kan..

    ReplyDelete
  5. uit bestnyer.. tapi bila saya nak pergi Perak? :(

    ReplyDelete
  6. wahh....cantik jugak yea...nur pernah singgah sini..tapi tak masuk dalam la..hehhe

    ReplyDelete