Percutian ke Sabah - Part 1

Assalamualaikum wbt...bismillah...

      Wah wah wahhh...melampau betul tak hapdet blog berbulan-bulan. Lama beno cuti berblog. Ada sesiapa yang bertanya ke? hahaha....mana la tau kot-kot ada yang tunggu entry marang kerapu saya ni. *mode perasan on...hehe..
Baru-baru ni saya telah bercuti ke Sabah. Tarikhnya 31 ogos- 4 september 2014. Alhamdulillah...ia perancangan yang ambil masa bertahun-tahun tapi akhirnya terlaksana jua. Bukan agak mudah untuk bercuti dengan semua ahli keluarga kecil saya ni ke tempat yang memerlukan naik kapal terbang. Semuanya adalah tentang bajet. Faham-faham je lah, kan? Tapi ini rezeki anak-anak, mungkin. Saya dan encik hubby menumpang, je. :)


#excited nak bawa budak kecik ni.


Angkara tragedi MH370 dan MH 17, saya sangat seriau nak naik kapal terbang kali ni. 
Fikir macam-macam dibuatnya. Tapi pada Allah je la kita berdoa semoga perjalanan kita selamat.



#di KLIA2. Dah tak perlu panjat tangga nak naik pesawat. Airport pun sangat cantik dan selesa. Besar tu usah katalah. Jenuh jugalah kena menapak.



Flight pada pukul 9.00 pagi tapi delay sampai pukul 9.45. Makanya sampai di Kota Kinabalu lewat sejam. 
Nasib Don dah tunggu kat airport untuk pass kereta sewa. Dapat je tunjuk arah jalan dari Don, kami terus bergerak ke Kundasang. Tak susah pun jalan di Kota Kinabalu. InsyaAllah tak sesat. hehe..

Siapakah gerangan si Don tu? Macam u olls kenal pulak. hehe... Dia ni travel agent yang uruskan penginapan dan kereta sewa. Kawan opis la yang promote kata dia ni bagus. Makanya, saya book dengan dia je terus. Dah ada jaminan. Senang cerita



Saya belum pernah ke Sabah. Jadinya, percutian ini memang amat-amat dinantikan. Tak larat nak jawab soalan anak-anak dibuatnya. Diorang dah tentu-tentu la excited. Padahal diorang tak tahu yang mama diorang lagi sangat-sangat excited. hahaha....

Semuanya sebab ramai kawan blogger yang rapat dengan saya blogger Sabah. Tiap kali entri mereka tentang Sabah, sangatlah menarik hati. Yang membaca ni turut membuak-buak teringin sangat nak ke Sabah. Adik saya dah pernah mendaki gunung Kinabalu turut tayang gambar-gambar pemandangan cantik Sabah. Mana boleh tahan, wehhh.....



#gunung Kinabalu yang malu-malu...

Saya dah macam orang yang bercinta dengan gunung semasa perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sabah. Subhanallah....masyaAllah......kenapa kau cantik sangat wahai gunung Kinabalu. Semasa mula-mula ternampakkan kelibat gunung Kinabalu, dah macam tak keruan dibuatnya. Punyalah banyak gambar Gunung Kinabalu ni saya snap. Sawan habis...hahaha..





Cantik sangat! Rasa macam wow! Syukur alhamdulillah...akhirnya dapat juga menatap indahnya Gunung Kinabalu.



#perjalanan di waktu petang, biasanya gunung Kinabalu diselubungi awan. Jalannya pun cantik dan selesa. Tidak berliku-liku sangat seperti jalan ke Cameron Highlands. Anak-anak ok je.



#gunung Kinabalu lagi. Hadap je la u olls.... hehe

Perjalanan ke Kundasang memakan masa lebih kurang 3 jam lebih sebab berhenti makan tengah hari di Telipok. Nanti saya cerita bab makanan ye. 



#Kundasang, kami datang!!

Kami tiba di Kundasang dalam pukul 4.40 petang gitu. Ya Allah, cantiknya Kundasang! Seronoknya kalau dapat tinggal di kawasan tanah tinggi. Udara sangat nyaman. Kami check in di Kundasang Inn untuk solat dan rehat sekejap sebelum keluar kembali untuk melihat kebesaran Allah di Kundasang ini...



8 Comments

  1. dah lama berangan nak ke Kundasang gara2 Tizz Zaqyah berlakon kat sana dulu...drama Dejavu Di Kinabalu

    ReplyDelete
  2. tahniah anda berjaya sampai ke sabah.. satu family lagi tu.. heheheh rezeki kan. Rindunya sabah.....

    ReplyDelete
  3. seronoknya... ada jugak angan2 nak ke sabah tp belum tahu bila... InsyaAllah ade rezeki smpai ler :)

    ReplyDelete
  4. kenangan terindah tahun ini ya p bercuti di sabah.....cantik gambar akak n keesya tu,,..rindu kat si kecik tu

    ReplyDelete
  5. teringin nk g sabah..sbb org cakap seafood dia murah2..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. as salam, sis blh share x travel agent mne yg bwk akk ni?mcm best jeee....

    ReplyDelete