Assalamualaikum wbt....bismillah....
Hari ke 2 di Jogja, kami solat subuh pada pukul 5 pagi. Tapi sebenarnya hari dah nak cerah macam pukul 7 di Malaysia. Sarapan pulak bermula pukul 6 pagi. Mas Slamet supir kami yang pemalu tu janji nak ambil kami pukul 8.00. Punya lah lama kami dok tunggu. Sudahnya kami ronda-ronda dulu di Malioboro.
#sarapan yang mengundang rasa syahdu di hati. Teringat kat Mekah dan Madinah tetiba. Inilah sarapan yang sama semasa menunaikan umrah pada tahun lepas.
#Gambar selfie kena kecik-kecik je. hehe...
Di Jogja, walaupun hampir kesemuanya beragama Islam, kami tidak berani sangat nak membeli makanan yang dijual oleh para penjaja di tepi jalan. Tak nak mencuba ketahanan perut kekdahnya. Nak berjalan jauh wehhhh....jangan cari masalah, ye.
Waktu pagi di Malioboro, banyak jualan sebegini dijual. Kira macam gerai nasi lemak kat Malaysia la macam tu. Tapi nasi lemak tak kelihatan di sini. Biasanya nasi berlauk macam nasi ambeng tu. Yang uniknya, nasi dibubuh dalam bekas anyaman. Kuatnya golongan embah-embah(nenek) ni. Kalau di Malaysia, umur macam ni dah rileks kat rumah je.
Banyak travel agent di Malioboro ni. Jangan susah hati jika tak menempah dari Malaysia. Di sini, macam-macam pilihan ada.
Merayau-rayau melihat keunikan Malioboro sambil mendengar derap tapak kaki kuda yang lalu lalang. Memang kota yang sangat banyak budayanya.
Sempat breakfast second round demi menunggu Mas Slamet yang super pemalu tu. Seronok betul kitorang nyakat dia. hahaha...
Kereta kuda dipanggil andong di Malioboro.
Meneruskan perjalanan ke gunung Merapi sangat menarik hati. Sepanjang kiri kanan jalan, tiada tanah yang sia-sia tanpa tanaman. Semuanya subur belaka. Nampak buah salak, teringin nak beli. Bagitahu kat Mas Slamet, haram dia nak singgah. Dia buat dek je. Salah satu cara balas geram kat kitorang yang membebel kat dia pasal lambat ambil kitorang, kot. hahaha...
Lepas tu nampak buah nangka pulak. Lyn siap minta tolong, kalau jumpa lagi orang jual buah nangka, dia mintak tolong berhenti. Nampaknya request Lyn ditunaikan. Tapi saya yang kena turun beli. Ceh....sabo je la.
#mangsa temuramah saya seterusnya. hehe.... Mas ni tak tanam sendiri pokok nangka ni, beliau beli dari orang kampung. Walaupun bukan dari jenis kacuk/madu, buah nangka ni tidak mengecewakan. Sedap! Harganya IDR 15 000 sekilo. Dalam RM4 gitu. Ok, kan?
Masa ni dah mula rasa berdebar-debar. Almaklumlah, saya menuju ke tempat gunung berapi antara yang paling berbahaya dan paling aktif di dunia. Sudah beribu-ribu orang mati angkara Gunung Merapi ini. Letupan pada Oktober 2010 adalah hampir secara tiba-tiba. Aliran lava yang keluar dari mulut Merapi mampu menjalar 6-7 km dan kecepatan alirannya adalah sehingga 110km/j. Kami membayangkan keadaan kacau-bilau penduduk di sini melarikan diri semasa letusan gunung Merapi berlaku. Sedihnya.
Cuaca agak sejuk di kawasan pergunungan. Namun malangnya, kami tak nampak Gunung Merapi secara jelas. Ni yang rasa nak marah dengan Mas Slamet ni. Kalau ambil kitorang awal, insyaAllah dapat tengok. Biasanya waktu pagi, jika tidak hujan, gunung akan jelas kelihatan kerana awan belum terbentuk. Itu tips ye u olls....nak tengok gunung, kena waktu pagi. Tapi Alhamdulilah, saya sebenarnya dah dapat melihat Gunung Merapi ni secara jelas semasa flight nak mendarat di Jogja. Rezeki duduk tepi tingkap namanya.
Inilah Museum Gunung Merapi yang binaannya ala-ala Gunung Merapi di kawasan seluas 3.5 hektar. Lengkap dengan kemudahan parkir dan pelancongan.
Credit carian Google. Gunung Merapi sebenarnya berada betul-betul di belakang Museum Gunung Merapi.
Museum Gunung Merapi ini dibina sebagai pusat pengetahuan tentang sejarah dan aktiviti gunung berapi yang bukan saja terdapat di Indonesia malah seluruh dunia. Lagi pun Indonesia berada di atas jajaran lingkaran gunung berapi yang berjumlah 500 kesemuanya dan 129 daripadanya masih aktif. Wajiblah Indonesia mempunyai muzium sebegini.
Akibat tsunami tahun 2004, ada gunung berapi yang tak meletup beribu tahun, menjadi aktif semula seperti Gunung Sinabung. Siap meletus lagi pada tahun 2013. Makanya kita yang ada di Malaysia, jangan senang hati sangat kerana kita ada Gunung Kinabalu yang jika aktif semula dan meletus, debu vulkaniknya boleh sampai ke Semenanjung. Gunung Tahan pun boleh tahan juga ancamannya jika aktif semula. Allah swt juga yang Maha Mengetahui. Janganlah kita semua lalai dan leka hendaknya.
Semua yang berkenaan dengan gunung Merapi terdapat di sini. Setiap kali meletus, Puncak Gunung Merapi berubah wajah.
Bom Gunungapi.
Barang-barang yang musnah turut dipamerkan di muzium ini.
Upacara Adat di kaki Gunung Merapi. Masih diamalkan hingga kini nampak gayanya. Mereka membawa umbi-umbian tanaman yang berada dalam tanah iaitu sebagai simbol dari hasil bumi dan jerih payah petani. Tapi tak pula diberitahu waktu bilakah ia dilakukan.
Satu-satunya parkir di Jogja yang saya puas hati bayar IDR5000. Memang nampak macam parking. hahaha....
Seterusnya kami menuju ke Ullen Sentalu. Ullen Sentalu ni adalah Museum Seni dan Budaya Jawa milik persendirian. Kedudukannya agak tersorok dan langsung tak nampak macam tempat pelancongan. Gambar semua saya cedok dari google ye. Puncanya, kami tak masuk pun ke sini. Semasa nak beratur kat kaunter tiket, mereka suruh tunggu dalam setengah jam dulu. Kena bayar IDR50 000 seorang pulak tu. Adeh....sudah la langsung tak nampak 'sense of welcome'nya, kena bayar mahal...lepas tu suruh tunggu pulak. Mau tak mati terus niat nak masuk ke dalam.
Pintu masuk muzium.
Gila nampak creepy kot. hahaha.... Ini cerita Lara Croft ke hape ni. Batu berlumut-lumut, akar pokok menjalar merata. Adoiii....
Mari kita tengok apa yang ada kat dalam tu. Semuanya saya ambil di google. Katanya, kat dalam tu semua artifak tinggalan lama yang dikutip dari karaton-karaton yang terdapat di Indonesia. Usia kebanyakannya dah beratus-ratus tahun.
Patung baring kat atas tanah. Ni mau buat terkojut ni.
oh tidaakkk..... Patung-patung tu macam penunggu dalam cerita Patung Cendana. huhu....
hmmm.....tindakan bijak tak masuk ke sini...
Apa yang kitorang buat semasa menunggu Mas Slamet datang menjemput? Inilah dia...
Ada embah jual buah salak idaman kalbu! Nangka yang dibeli tadi tak makan pun lagi. Wai punya pasal la ni. Dia tak bagi kitorang makan nangka. Tak tahan bau katanya. Grrr..
Dapat buah salak ni heaven betul! Manis kot...yummy...
Ini pemandangan sebelah kiri Ullen Sentalu. Tiada tempat duduk untuk menunggu. Hanya pangkin buluh belakang embah yang jual buah salak tu je tempat kami duduk.
Tak lama lepas tu ada penjaja yang jual rojak ala-ala pasembor datang berhampiran tempat duduk kitorang. Para supir yang duduk menunggu pelancong pakat-pakat membeli dan saya pun apalagi, sibuk menemuramah. Hmm....seperti biasa, terima kasih saja yang mampu kami ucapkan. U know what i mean.
Muka saya kena watermark takpe. Jangan yang berdua tu. Kang ada yang memekak kat wasap. hahaha...
Apa yang saya nak tunjuk sebenarnya ialah batu-batu hasil letusan Gunung Merapi boleh didapati di mana saja di sini. Tapi langsung tak berbau sulfur. Saya teringat semasa lawatan ke Bali dulu, persekitaran Gunung Batur sangat berbau sulfur. Termasuklah air minumannya.
Ada kisah agak sedih di sini. Hampir berjam kami menunggu Mas Slamet. Kami ke hulu ke hilir di depan Ullen Sentalu ni sampai berkenalan dan siap bergambar dengan seorang Professor universiti. Siap ramai yang bersimpati dengan kitorang kerana ditinggalkan pak supir. Ramai concern dengan kitorang rupa-rupanya. Sebab muka kesian kot. hahaha..
Setiap kali avanza datang, punya panjang tengkuk masing-masing nak pastikan itu Mas Slamet. Akhirnya muncul juga. Wai kalau buat muka bengang memang hebat. Garang giler! ekeke...
Seterusnya kami menuju ke jeep camp untuk ke Gunung Merapi. Ekstrim punya adventure. Satu pengalaman yang amat menarik buat saya yang penakut dengan gunung berapi ni.
Semua rumah yang ada di sini baru dibina. Manakala pokok-pokok yang terdapat di sini adalah berusia kurang empat tahun kerana semasa letusan Gunung Merapi, seluruh kawasan sekitar Gunung Merapi terbakar akibat awan panas debu vulkanik.
Jogja - Part 5
Jogja - Part 3
Jogja - Part 5
Jogja - Part 3
*bersambung...
Terima kasih sudi baca.
Luv,
4 Comments
subhanallah..cantiknya gunung dibelakang muzium tu..itu ketika ianya sedang tidur ya Bu Yana..:)
ReplyDeleteX tidur tu. Hibernate je. Hehe....
ReplyDeletetak dapat pergi ,baca cerita akak pon dah best dah hehe
ReplyDeletebtw klik 3 INTI kat sini
bestnye.. xpernah sampai daerah Yogyakarta lagi.. hopefully 1 day nnt
ReplyDelete