Percutian ke Yogyakarta / Jogja - Part 5 (Gunung Merapi)

Assalamualaikum wbt..
Bismillah........

Tiada yang paling mengujakan sepanjang trip ke Jogja ini melainkan pengalaman naik jeep ke kaki Gunung Merapi. Ekstrim tak hengat kot! Betul-betul kitorang ni tak sangka akan melalui pengalaman macam ni. Best sangat-sangat. Dalam takut-takut tu, rasa best la pulak. hahaha...



Pelancongan kawasan Kaliurang menggunakan jeep tentera dari USA ke kaki Gunung Merapi baru bermula sejak tahun 2012. Nampaknya sangat berjaya kerana ianya menjanjikan pengalaman yang sangat berlainan. Kreatif diorang ni.




Tak menahan rasa excited kami ni nak naik jeep. Tak pernah lagi kot. Jakun betul... hahaha. Kami memilih pakej medium yang berharga IDR250,000. Tour selama 2 jam macam tu.  Dalam anggaran 6 km ke kaki Gunung Merapi. Jauh lagi sebenarnya nak sampai. Tapi pada kami, kira ok dah tu. Nanti jenuh pulak Mas Slamet dok tunggu kami kat kem jeep tu.



Ada beberapa kem jeep di Kaliurang ini. Ada lebih kurang 300 buah kesemuanya.




Driver jeep kami ni sangat sempoi orangnya. Memang seronok la bersembang dengan dia sebab dia memang orang tempatan. Dia mengalami sendiri kejadian Gunung Merapi yang meletus pada tahun 2010 dan turut kehilangan beberapa orang kawan. Beliau selesa dipanggil Mas Eko. nanti kalau sesiapa nak datang sini, boleh cari dia. Pandai ambil gambar pun ya. Puas hati kitorang ni dengan khidmat dia.

Mari saya share sikit apa yang terjadi pada tahun 2010 di mana Gunung Merapi telah meletus. Ianya sebuah tragedi yang sangat menyedihkan. Mbah Maridjan sebagai penjaga kunci Gunung Merapi turut terkorban dalam keadaan sujud. 

Setelah saya sampai ke Jogja, barulah saya tahu bagaimana letusan gunung berapi terjadi dan cara kemusnahannya. Selama ini yang saya faham, bila gunung berapi meletus, ia keluarkan lava dan lahar je. Tapi rupa-rupanya ia melalui pelbagai proses. Bermula letusan kecil yang mengeluarkan gas vulkanik, hinggalah penghasilan lain yang terjadi seperti lava, lahar, awan panas dan hujan debu. Macam-macam ada rupa-rupanya. Nampaknya belajar geografi setakat nak lulus SPM je saya ni. hehe...


 Carian google. Sehari sebelum Gunung Merapi meletus pada Oktober 2010. Masih boleh pergi sekolah diorang ni. Dah biasa gamaknya.


 Carian google. Sehari selepas letusan besar.

 Carian google.


Carian google. Allahuakbar. Besarnya dugaan buat mereka.

Letusan pada 26 Oktober meletus sebanyak 3 kali menyemburkan material vulkanik setinggi lebih kurang 1.5km dan mengeluarkan awan panas yang melanda Kaliadem, Desa Kepuharjo, Kecamatan Cangkringan dan Sleman telah mengorbankan 43 nyawa. Seterusnya, letusan terbesar ialah pada 4 November 2010. Bunyi gemuruh Gunung Merapi terdengar hingga sejauh 27 km. Debu vulkaniknya telah sampai hingga ke Tasikmalaya, Bandung dan Bogor.  Allah...besarnya dugaan. Dan saya masih ingat lagi berita di tv pada tahun itu di mana mereka berpusu-pusu menyelamatkan diri dengan tubuh yang penuh bersalut debu. T_T


Tanggal 9 November 2014. Alhamdulillah..kami berada di sini demi melihat kebesaran Allah. Apa yang u olls lihat ialah laluan kami menuju ke kaki Gunung Merapi. Ini adalah sungai sebenarnya yang turut menjadi laluan lava dan lahar. Kering kontang  namun hasil muntahan Gunung Merapi ini menjadi rezeki buat mereka kerana ia menjadi sumber bahan binaan yang turut dihantar ke daerah lain di Indonesia.



Inilah laluan yang menjadi pilihan Mas Eco buat kami. Naik kecut perut dibuatnya.


Jeep ni memang sangat tahan lasak. Terlambung-lambung kitorang semasa melalui batu-batan di sini. Adoiii.....sakit bontot, wehhh....



Huru-hara betul. Rakam video time ni habis bergoyang gambarnya. hehe...

Kampung-kampung berhampiran Gunung Merapi ini musnah kerana gulungan awan panas yang suhunya 600 darjah celcius. Semuanya habis mencair dan terbakar. Salah seorang penduduk Desa Kepuharjo, telah membuat Museum Sisahartaku untuk pameran pengunjung Lava Tour Gunung Merapi. Ia dibina oleh Pak Riyanto sebagai kenang-kenangan bekas tapak rumah dan tinggalan yang masih tersisa. Mereka sempat berpindah ke kawasan selamat semasa letusan Gunung Merapi berlaku.


Tulang lembu pemilik rumah diletak di bahagian depan sebagai lambang pembina kehidupan mereka sekeluarga.


Debu yang sudah sebati dengan barangan rumah yang musnah.





Museum ini tidak memerlukan bayaran tetap. Cuma ada disediakan tabung untuk pemberian ikhlas.


Batu dari Gunung Merapi di atas jeep.


Ini pemandangan yang sangat rare ye u olls. Di sebalik debu tebal  menyelubungi laluan lori turun naik yang sesak di kiri kanan jalan, boleh pulak wujud penjual sate di tengah-tengah. Gigih betul.


Inilah penyebab kenapa kami diberikan topeng muka. Debu Gunung Merapi sangat tebal hingga daun pun tak berwarna hijau dibuatnya.


Ini kalau pegang senjata, boleh bawa ke Syria dah diorang ni. hahaha....


Amacam? Best??


Mas Eco parking jeep macam ni. Terus saya turun sebab rasa macam nak terjatuh sangat. Seriauuu...yang dia dok kata 'Tidak apa...tidak apa.." Tak pe la. Kat bawah pun kat bawah la. Janji gambo cun. hahaha...





Di belakang kami ialah Gunung Merapi yang tidak kelihatan.



Di bukit yang terletaknya Batu Alien. Tapi saya tak nampak pun macam alien. hehehe.... 

Puncak Gunung Merapi tidak pernah ditumbuhi tumbuhan kerana aktiviti gunung berapi yang sangat aktif.  Jenis tumbuhan teratas yang utama ialah jenis pine pergunungan Jawa. Ke bawah sedikit, hutan bambu/buluh dan di bawah 1000m pula merupakan tempat asal buah salak popular Indonesia.


Carian google. Ini la rupa Batu Alien tu. Kami ada ambil gambar di sini. Tapi sebab rasa pelik tak nampak aliennya, rupa kitorang pun jadi pelik dalam gambo. hahaha... 



Balik ke kem jip tu. Sempat singgah ambil gambar pemandangan sekitar. Masya Allah....cantiknya! Ada sungai yang sangat jernih airnya nun jauh di bawah sana. Sayup-sayup kelihatan penduduk kampung bermandi-manda. Nak pergi jauh sangat. Tinggi sangat pun ya. Tak tertunai hasrat di hati.

Jogja - Part 6
Jogja - Part 4


*bersambung....

Terima kasih sudi baca.
Luv,




2 Comments

  1. Yana...dulu masa gunung tu meletus...tgk kat tv...dasyatnya ujian utk mereka..

    ReplyDelete
  2. Tu la. Kesian kan kak? Jalan kampung kat situ semuanya kecik pulak tu. Bersesak nak pindah.

    ReplyDelete