Percutian ke Yogyakarta / Jogja - Part 8 (Kompleks Keraton Yogyakarta)

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Hari ke 3 di Jogja. Bangun awal, solat subuh bersiap terus untuk trip yang sangat ohsem di hari ketiga. Penat woiii Jogja ni. Ingatkan takde apa nak dilawat, nak ditengok. Sekali...tak cukup masa, ko. 

Apa ke hal tembam kemain nampaknya kitorang dalam gambo ni. Tapi takpe. Tepek jugak kat sini, sebagai tanda seorang blogger yang telus, gitu. hahaha...

Tapi yang sedih, Mas Slamet tak boleh berkhidmat dengan kitorang dah. Dia kena balik kampung sebab neneknya meninggal. Diganti pulak dengan sorang lagi supir. Tapi dia ni lagi kurang bercakap. Asyik membelek henpon je. 


Mula-mula kitorang dibawa ke pasar yang menjual ternakan dan barangan untuk landskap. Vouge sikit dari pasar tani kita. Tapi silap orang la diajak ke tempat-tempat jual anak pokok ni. Malas tengok dah kot. Next!



Melawat sebuah lagi butik batik yang nampak sangat eksotik. Nama diberi ialah Batik Rumah. Kesenian Indonesia yang sangat pekat gitu. Sambil diiringi muzik jawa mataram yang dipanggil uyun-uyun, interior design butik ni sangat cantik dihiasi ukiran kayu yang macam bumbung gazebo dalam rumah.


Malangnya, harga batik di sini sangatlah mencengkam sukma. Mahal bebeno! Tapi kepada mereka yang sangat sukakan batik halus berkualiti tinggi, kat sinilah tempatnya.

Ok. Tiada batik yang mampu dibeli di sini. Mampu tengok je. hahaha..

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Keraton Yogyakarta. Keraton ialah istana raja-raja yang banyak di Jawa. Keraton yang masih dibuka untuk pelancongan ini dipanggil Keraton Yogyakarta warisan Kesultanan Jawa Mataram..Mengikut sejarah landskap di nusantara, hanya keraton yang memiliki landskap yang direka.tapi malangnya tidak dapat kita lihat lagi. Yang tinggal ni puing-puing saja. Peperangan dan letusan Merapi memusnahkan keindahan landskap di keraton ini.

Apa yang saya mula-mula nampak mengenai keraton ni, kompleksnya lebih kurang sama dengan Kota Larangan di Beijing. Pagar dan pintu gerbang berlapis-lapis dan banyak bangunan di dalamnya. Kegunaan setiap bangunan itu adalah berlainan. 


Yang ni pintu gerbang ke berapa entah. hehe..


Barongan wajib ada kot. 


Ok. Yang ni bukan patung. Memang abdi dalem yang duduk berkawal di pintu masuk. Abdi dalem ni ialah orang yang mengabdikan dirinya kepada keraton dan raja. Mbah Marijan yang meninggal dalam keadaan sujud semasa Merapi meletus pada tahun 2010 tu pun seorang abdi dalem Keraton Yogyakarta. Setia membawa ke mati. Begitulah ceritanya. Tapi untuk versi abdi dalem di kompleks Keraton Yogyakarta ni, mereka ialah bekas pesara kerajaan yang diupah oleh Sultan Mataram yang ke 10. Ada dalam 2000 orang, gitu.  Kerja 3 shif. Tu yang semuanya nampak macam dah berumur.





Pintu gerbang lagi.


Yang ni balai pameran.


Abdi dalem yang semuanya tak berkasut. Serius rasa macam berada di zaman dahulu feeling kat sini. hehe...





Inilah Sultan Mataram yang ke 10. Dia banyak bisnes perhotelan dan pelbagai bisnes lain untuk menampung dana pemuliharaan kompleks Keraton tinggalan nenek moyang beliau ini. Beliau hanya berkahwin dengan seorang permaisuri dan dikurniakan 5 orang anak perempuan yang semuanya cun-cun. Ok. Itu saya tengok gambar family. hehe..


Persembahan muzik jawa yang seremmm tu...


Tapi kami terlepas tarian jawa kibas-kibas kain macam dalam cerita Puteri Gunung Ledang tu. Adoiii....ruginya...




Banyak balai kesenian dalam kompleks keraton ini. Semua putera puteri diajar kesenian Jawa sejak kecil.






Salah satu salasilah kesultanan Mataram yang sungguh menarik perhatian. Sultan Mataram yang kedua ini memiliki ramai isteri dan 82 orang anak. @_@.



Cara penjaja di kompleks Keraton Yogyakarta ini. Warna-warni sungguh...

Jogja - Part 9
Jogja - Part 7

*bersambung....




4 Comments