Wednesday, 9 March 2016

Percutian ke Lombok - Part 10 (Last Part dan Bajet)

Assalamualaiakum wbt...bismillah...

Hari ke 5 di Lombok. Badan dah sengal-sengal. Tak ada selera nak berjalan, meronda atau shopping souvenir lagi. Kerja kami di pagi itu hanyalah berehat di gazebo kayu Hotel Sunsethouse Lombok yang super awesome ni.


Ambil angin pantai sepuas hati di sini. 


Alahaii...fefeeling sangat posing camni. hahaha..


Sambil baring-baring mengadap handphone, nikmati angin sejuk pantai sepuas hati. Sejuk betul sampai jenuh saya berkelubung dengan pashmina. Kalau u ols nak beli pashmina, memang ada orang berjual di sebalik pokok renek yang jadi pemagar hotel tu. Memang diorang lalu lalang kat situ berjual tapi takde la paksa-paksa. Tukang urut pun ramai. Panggil je diorang datang urut. Saya sempat jugalah menggunakan khidmat tukang urut pantai Senggigi ni. Idr 50k dekat sejam jugak. Berbaloi-baloi.


Sorang ambil satu gazebo. Kemain. hehe..


Memang antara percutian terbaik saya. Lombok adalah di antara destinasi yang boleh repeat. Semestinya hotel yang sama. Best sangat kot. :D


Dalam pukul 3 petang, kami dah berangkat ke airport. Sempat melalui bandar Mataram. Sibuk macam kota lain juga.

Kami lunch di de' Bakoel Nasi ni.


Kedainya kemain selesa. Siap ada wifi. Tapi harga macam harga kat warung je. Memang ok kedai ni.


Kella dan Mila makan nasi campur.


Saya pilih mee soto. 


Ronda-ronda airport seperti biasa.


Entri belum siap dah merancang tempat lain budak berdua ni. hahaha..

Ok. Tamat sudah cerita saya di Lombok. Di sini saya sertakan ringkasan maklumat trip saya ke Lombok ini.

Tiket Flight Airasia - RM 400 return

Penginapan - Hotel Sunsethouse Lombok - RM150 semalam
                    - Gili T Resort (Gili Trawangan) - RM200 semalam

Pengangkutan - teksi ke Bangsal -RM70
                         -speedboat ke Gili Trawangan - RM120 
                         -bot public - RM4.50 seorang
                         -sewa basikal - RM 20 sebuah

Supir jalan-jalan di Lombok - Arix Adventure (Arix) 
                                                  whatsapp- +62 819 3655 5980 - harga sila bincang dengan dia. :)
(kalau tak nampak lagi, tak tau la... hahaha)



Terima kasih sudi baca.
Luv,

4 comments:

  1. Yana boleh bg brp harga supir arix tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila whatsapp beliau sendiri sebab pakej tak sama.

      Delete
  2. Yana..hotel tu booking sendiri dari malaysia ke?
    Atau kat sana baru cari?

    ReplyDelete