Tuesday, 30 July 2019

Jalan-jalan di Kuala Terengganu

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera.

Bulan lepas ada promosi Airasia dan dapat grab tiket ke Kuala Terengganu berharga RM80 pergi dan balik. Ok la tu kan? Lagi murah daripada naik bas atau drive sendiri. Trip saja jalan-jalan ke Kuala Terengganu ni pergi berdua dengan Kak Zie akak founder Dewangee Perfume. Itu pun dia boleh lupa nak pergi Terengganu. Kalau tak baca whatsapp pagi tu, dah terlepas ke Melakalah beliau. Fuh, nasib baik. 


#kat thumbnail pilih la gambo yang elok sikit ye tak. Walau mokcik travel agak poyo di situ. hahaha..

Ceritanya... memang terbaik la Airasia sebab pergi dan balik kami menghadapai flight delay. Penyudahnya flight yang patut sampai 5.15 petang jadi dah dekat nak maghrib masa sampai tu. Mimi dah siap balik rumah tunggu call tak sampai-sampai. hahaha.. Dah maghrib, laju-laju bagi Mimi solat dulu lepas check in Hotel DJ Citipoint. Kalau nak tau hotel ni tang mana, hat yang ataih kedai kain Dewandas ni. Hotel ini dimiliki tokey kedai kain tersebut. Masuk-masuk je terus terkesima tengok keluasan bilik yang maha luas dan sangat selesa tuh! Mau nak tertonggeng kau nak bangun dari sujud masa solat! Allahu.... sangat-sangat tak boleh hadam dengan saiz bilik hotel ini, kawan-kawan. Wujud juga rupa-rupanya bilik-bilik hotel saiz macam ni di Malaysia sebuah negara ramai orang Islam kot. Lain la tetamu hotel kau memang dijamin semua tak solat. huhu



Ngadu kat kawan kat whatsapp pasal saiz bilik yang sangat hazabedah ni, beliau kata...Alhamdulillah...dapat juga bilik nak solat rehat bagai. Adeh laa...nyesal habaq! hahaha... tapi biasalah.Mana-mana trip pun ada hal terlebih dan terkurang. Pilih hotel best location saiznya macam ni pulak. Tak pe laa... semoga tokey makin kaya raya hendaknya.

So, malam tu pi dinner di Syrup vs Soda. Western food ya tapi ada juga side order lain. Disebabkan tak makan seharian, haruslah kebulur terus order nasi le kan. Order nasi goreng ayam untuk mokcik, nasi goreng seafood untuk Kak Zie dan nasi goreng tomyam untuk Mimi. Makanan cepat sampai tapi disebabkan terlalu ramai orang, tak boleh lepak lama. Ada sorang tu berdiri sambil dukung baby dok tenung-tenung tempat kami haruslah kami kena cepat. Kesian pulak kan?


#suasana makanan belum sampai masih tenang lagi. Masa start makan, dah tetiba menderu orang masuk. Lepas tu bagitahu Mimi, hantar kami balik hotel je la sebab kesian Mimi baru balik kerja, dia pun nak rehat juga. Esok dan lusanya Mimi bagitahu dah siap-siap ambil cuti. Wah ! Bagusnyaaa...rezeki ada dinda sorang ni yang sudi bawa mokcik pusing-pusing Kuala Terengganu. Sebelum naik hotel, ushar-ushar dulu kedai kain yang berderet tu cuci mata. Geram je tengok kain cantik-cantik.



Esok paginya kami bersarapan nasi kerabu yang paling sedap di Kuala Terengganu di Nasi Kerabu Fauzi. Pun penuh juga nak habaq. Tapi ternyata sangatlah sedapnya tak terkata. Ok. Cerita makan-makan saya akan tulis khas di next entri ya. Jangan risau. Saya akan cerita sampai anda termengences (ayaq lioq meleleh). hahaha... 

Mula-mula mestilah tengok Masjid Kristal. Korang kalau datang ke Kuala Terengganu tapi tak tengok Masjid Kristal ni ibarat tak pernah datang Terengganu, tau. Wajib dan mesti tengok. Tapi malangnya tak dapat masuk sebab tengah renovate la pulak. Tak ada rezeki.


Lepas tu pergi Noor Arfa Batik. Dapat cuci mata tengok kain jadi la. Korang pun tau harga batik tu mahal, kan? Nama pun trip jalan-jalan cari makan sambil-sambil cari bisnes kot-kot ada. Dengan Noor Arfa Batik tak ada rezeki, pergi Desa Murni Batik pulak. 

Di Desa Murni Batik, kami dijemput melihat-lihat kilang. So, dapatlah tengok proses lukis batik sehinggalah printing. Di kilang Desa Murni Batik ni semua digital printing ya. Tak nampak pulak yang canting-canting atas kain. Tak pasti jika mereka ada kilang yang lain. 

 #designer batik sedang gigih melukis batik.


#antara jenis mesin printing kain di kilang Desa Murni Batik.

Di kilang pun ada juga jualan batiknya. Banyak pilihan juga. Shawl berharga RM100 untuk 2 helai. Peminat batik jangan tak keruan pula tengok pilihan batik yang cantik-cantik tu pulak. hahaha..



Seterusnya kita melawat mercutanda terbaru iaitu Kuala Terengganu Drawbridge yang menyambungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus melalui Seberang Takir. Tapi tutuplah pula disebabkan renovasi juga. hahaha... apalah nasib. Tapi yang penting, dapat juga bergambar ye tak? Ada juga kenang-kenangan bersama darwbridge yang berharga RM 240 juta ni.



Dari drawbridge, kami meronda Pasar payang. Waahh...tempat paling best di Kuala Terengganu. So colourful! Macam-macam ada kat sini dan semestinyalah rembat kaftan selai dua.



#K. Zie dan dewangee berpisah tiada.


#kenalah ada juga sekeping gambar di tengah bandar ye tak? hahaha..



Sambung lagi ronda-ronda kedai kain selepas rehat dan solat di hotel. 



Disebabkan makan berat waktu sarapan, kami jadikan makanan celup tepung sebagai dinner terus. Memang kenyang tak hengat dibuatnya sampai udang pun tak habis. Dahsyat Kuala Terengganu ni asyik makan nasi je. Fuh...

Malam tu kami ke Setiu kejap sebab nak hantar barang untuk anak Mimi di asrama. Sebelum tu pusing-pusing di Mydin tengok Mydin sana sama ke idak dengan yang di Lembah Klang ni. Diorang ada Kedai Kasut You yang begitu banyak cawangan di Kuala Terengganu sampai dalam Mydin pun ada kedai kasut You tu.. Tapi memang best pun nampaknya sebab banyak pilihan kasut untuk budak-budak. Harga pun ok.

Pagi esoknya bersarapan nasi dagang Atas Tol cawangan ketiga di Losong selepas check out hotel siap-siap. Ya Allah, sepenuh-penuhnya kedai masa kami sampai. Nasib baik dapat juga rezeki makan nasi dagang super sedap ni sebab kami pelanggan terakhir rupa-rupanya. Pukul 9 pagi, nasi dagang dah habis! Memang terbaik.

Lepas sarapan, ronda lagi Pasar Payang dan cari info di terminal ferry untuk ke pulau-pulau. Manalah tau jika ramai nak mengikut kami berjalan-jalan ke pulau pulak lepas ni. Lepas tu kami solat di Masjid Putih atau Masjid Abidin yang klasik sangat tu. 


#cantik ruang solat dia..

Kami makan tengah hari di Restoran Singgang Budu destinasi tempat makan antara yang wajib dicuba. 


#puas hati sangat makan di sini. Highly recommended.



Seterusnya operasi mencari keropok lekor BTB. Bukit Tok Beng nama tempatnya. Konon-konon nak minum air buah gelas besar kat situ, tapi tutup juga. hahaha... Gitulah cerita dia ya. Yang dirancang dan diidam, tak semestinya kita dapat. Tapi alhamdulillah dapat juga beli keropok BTB ni. Beli tak banyak, stok pun tak dapat bertahan lama. Naik flight biasalah teragak-agak dengan berat beg. Rupa-rupanya ada lagi 6 kg. Nanges. 



Petang sebelum ke airport, lepak dulu di Pantai Teluk Ketapang. Lama sangat tak datang Teluk Ketapang ni. Last datang pada tahun 2008. Makin terjaga nampaknya. Mimi ni adik kepit ke hulu ke hilir masa kerja di Kulim dulu. Rezeki dia bertemu jodoh dengan orang Terengganu dan dapat bertukar tempat kerja ke Terengganu. Gigih ambil cuti dua hari bawa kami jalan-jalan di Kuala Terengganu. Semoga beliau dimurahkan rezeki hendaknya.

Short trip ni memang seronok sebab misi utama adalah jalan-jalan cari makan. Banyak yang dapat dicuba dan dapat ilmu dan pengalaman baru. Thanks to Mimi and K. Zie! 

Terima kasih sudi baca. :)






Sunday, 21 July 2019

Percutian ke Turki paling best

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera .. :)

Ramai tercari-cari pakej percutian ke Turki yang paling best. Lepas tu nak cari info pasal trip ke Turki paling best dan mudah faham. Haaa...ini ada promosi terbaik untuk anda yang nak sangat ke Turki tapi ada rasa was-was takut tersilap beli pakej atau kena tipu dengan ejen pelancongan sebab ada hidden kos.  Maklumlah, biasanya orang tengok harga je tapi tak study apa yang dia dapat dengan pakej yang dibeli. Tak ke haru namanya tu. Tapi lepas ni jangan pening. Dah kata percutian ke Turki paling best, mestilah saya nak cerita detail sikit mengenai trip ke Turki ini. Harapnya baca sehingga habis, tau.

 Memanglah di facebook atau instagram tu banyak iklan promosi menarik tapi anda belum kenal atau tahu tentang review perkhidmatan mereka. Kali ni sila buang perasaan risau tu jauh-jauh sebab entri ini saya nak rekomen pakej percutian ke Turki paling best pada tahun 2019 ini dan tahun-tahun seterusnya bersama Azza Travel & Tours Sdn Bhd. 


#antara pilihan tarikh yang tersedia. Ok kan harga dia? Percutian ke Turki paling best mestilah pada harga yang berbaloi. Cukup je geng nak pergi, teruslah call Puan Aza 019 9545354. Saya ulang tayang jika masih ada yang bertanya atau tak perasan nombor di banner iklan. :)



Penerbangan ke Turki adalah menggunakan Mahan Air yang sangat selesa. Mahan Air ni dari negara mana ya? Kalau ada yang belum tahu, Mahan Air adalah dari Iran berpangkalan di Teheran. Takkan asyik naik AirAsia dan MAS je. Kita try naik flight lain pulak. Lain penerbangan, lainlah pengalaman. Gitu.


#antara menu yang disajikan di Mahan Air. Best tak? 

Hari pertama

Seterusnya saya nak share itinerari ketika berada di sana mengikut kesesuaian musim. Wahh....banyak sangat destinasi nak pergi di Turki tu. Nampak gayanya stamina anda kena fit sebab banyak tempat nak berjalan ni.  Rajin-rajinlah buat senaman sebulan sebelum berangkat ke Turki. Mula-mula sampai di Istanbul, kita akan melawat  Masjid Sultan Eyyup di mana terdapatnya makam sahabat nabi iaitu Ayyub al Ansari. Sejarahnya sangat panjang, cukuplah anda kenal beliau sebagai seorang sahabat Rasulullah saw yang turut meriwayat hadis.


#fefeeling sangat ni. Best, kan? Takkan tengok je. Jom ajak pasangan masing-masing ke Turki.

Selepas itu, kita akan ke Selat Bosphorus di mana selat inilah yang memisahkan negara Turki kepada dua bahagian iaitu di benua Asia dan di benua Eropah. Unik, kan? Kita akan menaiki Bosphorus Cruise untuk menikmati kecantikan selat ini. Semuanya dah termasuk sekali dalam pakej tak perlu pening nak bayar di kaunter lagi dah.  Seterusnya perjalanan kita akan diteruskan ke Gunung Uludag di mana terletaknya pusat ski terawal di Turki. Jom nikmati salji di sana pula. Memang terbaik!

 
Credit : Carian Google

Selepas menikmati salji, kita akan meneruskan perjalanan ke Bursa yang mengambil masa 2.5 jam perjalanan. Check in hotel dan makan malam pun di hotel. Lepas tu boleh rehat untuk mengumpul tenaga di hari kedua.


#antara menu wajib mestilah sup labu yang dimakan bersama roti dan salad. 

Hari kedua : Bursa - Kusadasi

Selepas menikmati sarapan di hotel, kita akan dibawa melawat bandaraya Bursa iaitu ibukota terawal kerajaan Ottoman termasuk Masjid Besar yang dianggap sebagai masjid kelima Islam paling besar. Kita juga akan kagum tak henti-henti kerana terpesona dengan Masjid Hijau (Green Mosque) atau Yesil Camii yang sungguh luar biasa. Sangat menarik, bukan? 


Masha Allah...bandaraya yang sangat bersejarah mestilah bangunannya hebat-hebat. Kita juga akan melawat Bazaar Sutra di mana terdapatnya jualan produk bersejarah iaitu sutera. Sebagai negara ke 6 pengeluar terbesar minyak zaitun di dunia, haruslah kita melawat kedai Candy & Olive. Macam-macam produk berasaskan minyak zaitun ada di jual. Seterusnya kita akan bergerak dan bermalam di Kuşadası. (417 km-5.5 jam perjalanan)


Hari ketiga : Kusadasi - Pamukkale

Selepas bersarapan di hotel, kita akan melawat  Ephesus Ancient City iaitu bandar purba yang terpelihara sehingga kini.  Bandar ini dibina berdasarkan kepada struktur Rom dan terdiri daripada 
bangunan parlor, agora, Kuil Domitian, Trajan Fountain, Kuil Hadrian, Perpustakaan Celsius, grand
teater, jalan-jalan, rumah-rumah dan banyak lagi. Satu lagi tempat yang akan kita kunjungi ialah Kuil Artemis yang merupakan satu daripada tujuh keajaiban dunia kuno. Banyak sangatlah nak tengok ceritanya ni. hahaha.. Selepas lawatan, kita akan menonton pertunjukan fesyen dan seterusnya melihat memulakan perjalanan ke Pamukkale.



Pamukkale sangat terkenal dengan teres putih yang cantik di mana ianya menjadi Tapak Warisan Unesco. Asalkan nama tapak Warisan Unesco wajiblah kita tengok sendiri tapak bersejarah ini. Jom baca sikit penerangan di wikipedia mengenai Pamukkale ni.

Pamukkale, yang bererti "benteng kapas" dalam bahasa Turki, adalah sebuah kawasan alam di Wilayah Denizli di barat daya Turki. Kota ini berisi air panas dan travertine, mineral karbonat yang ditinggalkan oleh air yang mengalir. Ini terletak di wilayah Turki Aegea dalam, di lembah Sungai Menderes, yang memiliki iklim sedang untuk sebagian tahun.
Yunani-Romawi kuno dan kota Bizantium dari Hierapolis dibangun di atas "benteng" putih yang secara keseluruhan panjangnya sekitar 2700 meter (8860 ft), lebar 600 m (1970 ft) dan tinggi 160 m (525 ft). Hal ini dapat dilihat dari bukit-bukit di sisi berlawanan dari lembah di kota Denizli, 20 km jauhnya.



#romantiknya menikmati sunset di Pamukkale.

Pamukkale juga merupakan pengeluar tekstil yang paling penting di Turki. Selepas melawat Bandar Purba Hierapolis, kita akan melawat pusat jualan tekstil. Boleh shopping di sini jika berminat. Jangan lupa bawa duit lebih, tau.


Hari ke 4: Pamukkale-Konya-Cappadocia 

 Selepas sarapan pagi di hotel kita akan ke Cappadocia melalui Konya yang merupakan salah satu 
kota tertua lama yang masih  dihuni di Turki. Ia dikenali sebagai Iconium semasa zaman Rom. Setibanya di bandar Konya, kita akan melawat Muzium Mevlana. Dalam tempoh pertumbuhan budaya, politik dan agama pada ketika itu, Mevlana 
Celaleddin-i Rumi yang juga merupakan seorang scholar & mystic (ulamak dan seorang yang kefahaman tinggi keagamaan sehingga ingin bersatu dengan Tuhan melalui zikir dan sebagainya; begitulah lebih kurang maksudnya) telah mengasaskan Sufisme, yang dikenali di Barat sebagai Dervish Whirling. 

What is a Whirling Dervish?  Whirling dervishes are followers of the Mevlevi order and the teachings of Sufi mystic Rumi. The whirling dervish ceremony—also known as a sema ceremony—is a spiritual practice that dates back to the 10th century. The whirling dance serves as a dhikr, a prayer or meditation carried out in devotion and worship of God. The ancient rituals are so integral to Turkey’s spiritual history that they’ve been inscribed on UNESCO’s Intangible Heritage of Humanity list. 

Whirling Dervishes Shows in Istanbul
Credit : Google



Dalam perjalanan ke Cappadocia
kita akan singgah di Sultan Han Caravanserai. Caravanserai adalah berbentuk 'central courtyard' merupakan tempat persinggahan rasmi untuk peniaga di sepanjang jalan sutera. Di situ mereka akan menginap dan berehat selepas melalui perjalanan yang panjang serta merupakan pusat maklumat. Sultan Han Caravanserai ini adalah paling besar dan terbaik di zaman dinasti Seljuk.

 
Credit : Carian Google


#sedikit info carian Google

Sesampainya kita di Cappadocia, kita akan mendaftar masuk ke hotel dan bermalam di sana. 
( Pamukkale-Konya:  397 km-5.5 jam )
( Konya-Cappadocia;: 226 km-3.5 jam )



Hari ke 5: Cappadocia 

 Pagi di Cappadocia kita akan berpeluang untuk melakukan lawatan belon udara panas secara pilihan.  Kalau rasa nak naik boleh naik tapi ramai orang dan harganya adalah lebih mahal berbanding belon panas di Pamukkale. Ada dua pilihan di situ nanti kita boleh pilih nak yang mana satu nak naik yang di Pamukkale atau Cappadocia.

#bestnya dapat tengok matahari terbit dari dalam belon panas. Harganya adalah di antara Euro 95- Euro 170.

 Pulang dari lawatan belon panas, kita akan bersarapan dan meneruskan lawatan sehari di Cappadocia. Cappadocia sebenarnya terdiri daripada 9 wilayah yang besar iaitu :

i)     Nevsehir - merupakan bandar utama bagi wilayah Cappadocia

ii)    Urgup -bandar terbesar di Cappadocia di mana banyak aktiviti perniagaan dijalankan di sini.

iii)   Goreme - lokasi terletaknya banayak rumah gua kerana bentuk mukabuminya.

iv)  Uchisar - bandar tertinggi di daerah ini. Pernah menjadi lokasi kediaman dan pertahanan tertinggi bagi daerah ini.

v)    Avanos - bandar yang terkenal dengan industri membuat periuk tembikar (pottery).

vi)   Ortahisar - satu lagi daerah lebih kecil yang memiliki istana batu di puncak bukit, sama seperti Uchisar.

vii)  Mustafapasa - merupakan perkampungan lama Greek

viii)  Guzelyurt - juga merupakan perkampungan lama Greek di Cappadocia. Di sini juga terdapat kota bawah tanah (underground cities), gereja St. Gregorius, gereja Red Church dan lembah Monestary (Monestary Valley).



 Letupan gunung Erciyes dan gunung Hasan menyebabkan bentuk mukabumi di Cappadocia ini menjadi amat unik seolah-olah berada di dunia asing kerana landskap  yang dihasilkan menjadi amat menakjubkan. Aktiviti hakisan angin, air dan gempa bumi terhadap batuan vulkanik ini membentuk pelbagai bentuk seperti menara, kon, lembah, dan gua.

Terlalu banyak sejarah di Cappadocia ini antara salah satunya ialah pertukaran penduduk beragama Kristian ortodoks seramai 1.3 juta orang di Turki dengan 350000 penganut agama Islam di Greece kerana pertumpahan darah. Nak tahu lebih detail kena ajak sayalah sebab saya ni google bergerak. Jimat dah tu kos tourist guide. hahaha...



#jika anda peminat alam semulajadi dan sejarah jangan lepaskan melawat Cappadocia ini dengan kawan-kawan. Hubungi Puan Aza 019 9545354 laju-laju jika sudah membaca hingga ke sini.  Takkan tengok je kan?

Memang ternyata banyak sangat tempat untuk dilawati di Cappadocia ini. Pigeon Valley dan Love Valley semuanya tempat cantik, wajib kita tengok. Pasar taninya pun best sebab hasil tanaman yang dijual semuanya adalah organik. Haihh...banyaknya tempat best di Turki sampai rasa penat nak bercerita di sini. hahaha..

Selain demonstrasi pottery, kita juga akan  melawat kilang permaidani dan melihat cara pembuatannya.  Keluaran mereka memang terbaik dan yang pasti adalah tulen. Harganya yang pasti adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga kedai karpet Turki di Malaysia.



Tak cukup lagi? Kita juga akan dibawa melawat kilang batu permata dan hasil seni Turki yang cantik-cantik di Cappadocia. Harga pun lebih murah di sini jika kita ingin membeli oleh-oleh Turki untuk keluarga dan kawan-kawan.



Malamnya kita akan menonton pertunjukan Whirling Dervish dan bermalam di Cappadocia.

Hari ke 6 : Cappadocia - Bolu 

Selepas bersarapan kita akan ke Salt Lake / Tuz Golu/ Tasik Garam yang terletak 105km di timur laut Konya dan 150 km di selatan-tenggara Ankara. Tuz Golu adalah tasik kedua terbesar di Turki dan antara tasik garam yang terbesar di dunia. Ini menjadikan tasik ini adalah sumber utama garam bagi penduduk Turki.

#credit : carian Google

Seterusnya kita akan ke Ankara dan dan dalam perjalanan, kita akan singgah di Anitkabir di mana terletaknya makam Mustafa Kemal Ataturk. Macam tak sah pula tak sebut nama beliau jika tulis entri berkenaan Turki. hihi.. Dan selepas itu kita akan bergerak ke Bolu dan bermalam di sana. Cappadocia ke Ankara adalah sejauh 295 km dan memakan masa 3.5 jam perjalanan. Ankara ke Bolu pula adalah sejauh 195km dan perjalanannya adalah dalam 2.15 jam. Fuh...ternyata anda adalah traveller tegar.

Hari ke 7 : Bolu - Istanbul

Selepas sarapan pagi di hotel, kita akan ke Istanbul. Yeayy! Tak sabarnyaaaa...Setibanya di Istanbul kita akan melawat Semenanjung Istanbul di mana terletaknya Istana Topkapi, Hagia Sophia dan Masjid Biru yang sangat-sangat cantik. Umpama tidak jejak ke Turki jika tidak ke sini. Hippodrome Square juga termasuk dalam program lawatan di mana ianya merupakan kawasan hiburan di zaman Byzantium. Selepas lawatan, kita akan ke Grand Bazaar yang sangat terkenal itu.
Ia dikenali sebagai pasaran tertutup tertua di dunia yang mempunyai hampir 4,000
kedai di dalamnya. Destinasi beli-belah paling menarik sampai tak sedar entah berapa kilometer kaki menapak. hahaha... Perjalanan dari Bolu ke Istanbul adalah 263 km dan mengambil masa 3 jam perjalanan.


Hari ke 8 - Istanbul

Selepas bersarapan, kita akan menuju ke airport  dan meninggalkan Turki dengan begitu banyak kenangan manis. Perjalanan menarik ini lebih mudah difahami melalui peta.


#macam mana? Dah faham, kan? Pengembaraan percutian ke Turki paling best ni memang jauh jaraknya tapi amatlah berbaloi dan anda pasti puas hati dengan memilih pakej dari Azza Travel & Tours. Tiada kos tersembunyi kerana apa yang anda dapat adalah amat berbaloi dengan harganya. 


Jangan tunggu lagi, sertai kami bercuti bersama-sama Azza Travel & Tours.  Ada diskaun RM180 lagi untuk 40 pax yang terawal membuat booking untuk bulan September dan Oktober 2019. Manakala diskaun sebanyak RM 100 bagi booking bulan November dan December 2019. Kualiti perkhidmatan terbaik pada harga berbaloi in shaa Allah menjadi kembara seorang mukmin sejati yang akan kekal di lipatan memori. Hubungi Puan Aza di talian 019 9545354 laju-laju untuk promosi terkini.

Terima kasih sudi baca. 

Friday, 19 July 2019

Jalan-jalan di Perth - Part 6

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..:)

Hari kelima di Perth belum habis lagi misi jalan-jalan di Perth. Jalan-jalan kali ni kami ronda-ronda di area perumahan tempat tinggal abang Fauzi pula. Ika ambil kesempatan berjogging di taman perumahan ini dan saya pula sibuk membelek pokok dan shrub di kawasan sekitar. Sangat kelakar apabila kami berdua hampir dikejar anjing nasib baik tuannya cepat panggil balik siap anjing tu buat u turn betul-betul depan kami dengan lajunya. Fuhh...selamaatt...



Di sinilah anjing tersebut membuat u turn depan kami. hahaha..


Gigih betul dia dok jogging. Ala-ala orang tempatan pulak dia.





Rumah di Perth ini kebanyakannya adalah dari jenis 'ranch style' iaitu rumah sesebuah berbumbung rendah untuk mempercepatkan aliran udara. Kalau panas apabila pasang aircond cepat sejuk. Kalau winter, cuaca sejuk akan cepat warm bila pasang heater. Begitulah sedikit sebanyak info yang kami dapat kenapa design jenis ini disukai ramai.


Hampir semua rumah tidak berpagar dan berhalaman luas. Seronoknya lahaii kalau dapat rumah macam ni.



Ini jiran abang Fauzi rajin travel ke seluruh benua Australia bila bercuti. Besar caravan dia.



Memerhatikan lebah di celah-celah pokok lavender di hadapan rumah.



Selepas sarapan dan mengemas beg, tibalah saat pulang ke pangkal jalan.  Salam-salam dulu dengan wife abang Fauzi ucap terima kasih sebab sudi tumpangkan kami dan layan kami sepanjang kami di sana. Dalam perjalanan ke airport kami sempat singgah di Chemist Warehouse. Ini adalah tempat membeli-belah perfume paling murah. Pelbagai jenama perfume ada di sini. Memang murah nak bagitau. Rugi tau kalau datang ke Perth tapi tak singgah beli walau sebotol.



#thank you adik-adikku..

Di airport kami sempat shopping perfume lagi sebab ada orang kirim dan terjumpa pula yang berkenan di hati. Di lazada Malaysia harganya RM178, di sana RM 36 saja. Rugilah kalau tak beli, ye tak? Saya juga sempat mengangkut mangkuk Correlle yang dibeli secara loose. Gigih tau balut dengan kain sumbat dalam bag pack.  Murahnyaaa....aduhaiii.. harap je la niat hanya jalan-jalan di Perth. Bukannya shopping. Dapat beli sikit-sikit sebagai kenangan pun jadilah.


Buat akhir kata, inilah dia gerangan Encik Ahmad Fauzi atau DJ Foz yang kami panggil abang Fauzi tu. Kepada semua readers blog ini yang ingin mendapatkan perkhidmatan beliau, silalah whatsapp beliau laju-laju seperti yang tertera pada business card di bawah. 



Bye bye Perth. In shaa Allah bertemu lagi. 

Terima kasih sudi baca.