Menu Pakistan di Restoran Kashmir

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ni saya dan blogger Misz Ella yang selalu saya panggil Kella tu berkesempatan mencuba menu di Restoran Kashmir, Bukit Beruang, Melaka. Jauh kali ni destinasinya. Restoran ini menyediakan menu khas dari Pakistan. Tak perlu travel jauh ke Pakistan tapi bagi mereka yang teringin menikmati makanan asal Pakistan dan dimasak sendiri oleh orang Pakistan, Restoran Kashmir jawapannya. Memang Terbaik.


Restoran Kashmir ni ala-ala kedai mamak juga di mana ia menyediakan banyak tempat duduk untuk makan sambil melepak santai dengan kawan-kawan. Memang selesa kerana lot restoran ini tidak mengadap bangunan lain. Boleh pilih untuk makan di dalam restoran atau makan di luar restoran. Kami memilih untuk makan di bahagian dalam restoran. Senang nak ambil gambar dengan cahaya terang. Gitu.

Walaupun signature menu restoran ini adalah menu Pakistan, menu lain pun ada, tau. Goreng-goreng ala Thai  dan asam pedas Melaka juga turut disediakan di Restoran Kashmir ni. Macam-macam boleh pilih ikut selera masing-masing.

#nasi goreng usa


#set asam pedas

Chef restoran ini iaitu En.Syed Ansar memberitahu bahawa rempah yang digunakan adalah memang rempah khas dari Pakistan. Maka tidak hairanlah Chicken Karahi dan Keema Daging di sini rasanya adalah istimewa. Sangat sedap nak bagitahu. Rugi sangat kalau datang ke sini tidak mencuba roti canai, roti paratha dan capati yang sangat sedap dan lembut. Bak kata Kella, rasa nak bawa balik chef restoran ni ke KL. Jauh sangat di Melaka. Untunglah orang Melaka. hihi..

#Keema daging, capati, roti parata, chicken karahi dan roti canai (mengikut pusingan jam).


#Kella menemubual chef restoran iaitu En. Syed Ansar yang berasal dari Pakistan.

Makanan yang selalu dipesan di restoran ini ialah capati, Chicken Karahi dan Keema Daging. Saya turut akui, ini antara yang terbaik. Memang padu capati digandingkan dengan Keema Daging. 

Di sini antara harga menu yang telah saya dan Kella cuba untuk panduan:

Capati -RM
Roti Canai - RM1.20
Paratha - RM4
Keema -RM8
Chicken Karahi- RM7
Kari Kambing - RM12 + capati
Nasi Goreng USA- RM9
Nasi Goreng Paprik - RM8.5
Air Jus Buah - RM5-RM7
Asam Pedas dari RM10 ikut jenis dan saiz ikan


#set Asam Pedas ikan siakap. Kalau tak dapat makan asam pedas lain yang viral di Melaka, jangan kecewa kerana asam pedas di Restoran Kashmir ini pun tidak kalah, tau. Sangat sedap sebab kuahnya pekat dan rasa serba cukup. Tak payah penat-penat beratur, makan di Restoran Kashmir je.

#air jus buah epal hijau saiz jumbo. Habis kami minum malam tu. hahaha...

#fokus dekat-dekat Keema Daging ni. Walaahhh....teringat sampai sekarang, tau.

#Chicken Karahi yang lazat ni sangat sesuai dimakan dengan roti parata, roti canai atau capati. Memang padu. Best sangat nak bagitahu. Rugi siapa yang belum cuba.

Alamat :
8A, Taman Bukit Beruang Utama 2,
Taman Bukit Beruang Utama,
75450 Ayer Keruh, Melaka.

Hubungi :
017 2255786 - Syed Ansar

Restoran ini dibuka dari 4.30 petang hingga 12 malam kecuali Rabu. Orang Melaka boleh datang sendiri mencuba menu di restoran ini. Orang luar Melaka yang nak buat jalan-jalan cari makan di Melaka pun sila masukkan Restoran Kashmir dalam list. Makanan sedap, mestilah saya rekomen. Datang, tau.


0 Comments